Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2012

Mak dan Pa

Imej
Ini lah kedua orang tuaku yang amat-amat aku sayang....Haji Ali bin Yahya dan Hajjah Tayibah binti Taib. Kerana jasa,kasih sayang dan pengorbanan mereka lah aku dapat belajar erti kehidupan sebenar. Penat lelah pa bekerja menjual kain di pasar malam setiap hari bagi mencari rezeki untuk aku dan adik beradik yang lain takkan aku lupakan. kesusahan seorang ibu yang aku panggil mak membesarkan kami dengan didikan agama,mengajar kami membaca alquran secara bertajwid di kala malam hari,bebelannya,jeritannya pada kenakalan kami...itu semua  telah dapat aku fahami sekarang...tak lain tak bukan hanyalah bebelan,jeritan kasih sayang dari seorang ibu..... terima kasih pa...kerana ajaran mu,kami  adik beradik dapat membaca alquran dengan baik... terima kasih mak...kerana jasamu...kami mendapat didikan agama secukupnya..... TERIMA KASIH MAK & PA... sungguh..aku amat menyintai kalian....:)